Thursday, December 30, 2010

Kenalkan, kembarku!

Assalamualaikum.

Haa, baru saje berlemau-lemau dengan si Amira Najwa, kembar eden. Aku baru call dia semalam, abang operator agaknya jealous dengan aku, punya lah tolak RM2. Tadi minta lah si kembar tu repay the debt balik, call dan bermesej-mesej lah. Macam biasa lah, bila dua murai bertemu, orang dekat keliling pun jadi bisu dah pekak dibuatnya. Agaknya iklan burung murai dekat TV pun kalah dengan kita. Si kembar pun call tadi, beribu-ribu topik bercakap tadi, complicated aku nak explain. Ha bila dah letak phone call tu cepat-cepat lah dia check kredit.

"wehh, abang operator tak sayang aku!"
Hahaha, macam itu lah reaction dia kalau kredit kena tolak banyak. Kita selalu kaitkan yang abang operator mendengar perbualan kita heheheh. Kalau dia suka topic tu, kira kredit tolak sikit lah, kalau tak suka, berlambak-lambak lah ditolaknya!


Entry ni sebenarnya ditujukan untuk dia, sebab bagi support kepada Amira Manan untuk buat blogspot sendiri. Eceh, macam ter-inspired lah gitu. Kalau bab-bab famous ni memang misi utama orang bernama Amira. Kalau senang-senang, visit lah blog dia, okay!

Ha, sudah. Hutang dah terbayar~.

Wednesday, December 29, 2010

Post pertama!

Eh Amira, hang ni gatai no! Buat blog pula. LiveJournal pun tak habih-habih tulis entry, dah join blogger. Bila tengok kawan-kawan buat mula loh gatai juga nak buat. Entah jadi entah tak, blog aku ni. Nak kata kehidupan best, memang lah tak berapa. Tapi setakat tulis gaya-gaya sempoi tu no hal lah.

Segan nak menulis kalau begini. *malu-malu unta* Hehehe.

Mira Shibuya's LiveJournal