Thursday, March 17, 2011

Sejak akhir-akhir ni,

Assalamualaikum! :D

Lama tak edit blog, kan? Actually aku baru dapat tawaran sekolah asrama, SBPI Gombak. Sekolah tu memang aku nak masuk gila-gila pun sebenarnya. Bila hari dapat tawaran tu, mak lah orang yang paaaaaling happpyyyy sekali. Okay, okay, aku pun happy jugak. Aku sebenarnya dapat second intake, masa first intake dulu;


  • Liyana dapat SM Teknik Kuala Lumpur
  • Afieqah dapat MRSM PRDM Kulim
  • Zafirah dapat SM Teknik Kuala Kangsar
  • Hanif dapat SBPI Gopeng
Macam tu lah lebih kurang. So yang tinggal kat sekolah pun tersaaaaangaaaaat lah jealous sebab tak dapat tawaran macam yang lain. Kebetulan pula Nasuha pun mintak SBPI Gombak, kira kamceng ah ni. Tapi yang dapat aku sorang je D: . Kalau dok fikir-fikir balik, mesti best kan kalau gang kamceng satu sekolah. Tapi tak apa, mungkin bukan rezeki kan?

So bila packing-packing barang, memang excited terlampau weh! Suka gila yewww. Memang sakan lah. Sampai sana kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan, muka aku macam hampeh-hampeh keldai! First day je dah homesick. Eh bukan first day je, sampai sekarang homesick. Tapi tak apa, hopefully dapat sesuaikan diri nanti insya-Allah. 

Tu bukan motif aku menulis hari ni. Motif menulis hari ni sebab nak tunjuk gambar picnic dekat KLCC. Sayangnya plan ni tersangatlah last minute, soooooo kisah apa en? Asalkan plan menjadi. Semuanya plan ni sebenarnya, aku tak terlibat. Mula-mula Areena yang plan buat picnic dekat Kemensah, hmm memang tak menjadi lah. So aku pun message semua *ni last minute ni*, ajak siapa yang setuju buat picnic dekat KLCC park. Semua pun ok, so jalan lah! Tapi tak ramai yang ada, 8 orang je; aku, Amira Najwa, Emill, Syafiqah, Umai, Liyana, Afieqah and adik Emill, Emirra. Buat lah picnic bawah pokok~ Seronok jugak tau, al maklum lah cuti sekolah!


Wanita-wanita yang berpicnic~






What I wore;
Leopard-printed inner shirt || Padini || (unseen)
Buckle belt || New Look ||
Handbag || Online Store||
Bracelet || Chamelon ||
Shoes || Vincci ||
Cardigan, Jeans, Ring || Offbrand ||


Okay dah, last sekali, muka minta pelempang.






Tuesday, January 4, 2011

Belajar Menghargai

Assalamualaikum.

Semangat-semangat naga aku hari ni nak edit blog, apa entah mimpi aku ni. Sebelum ni busy sikit, al-maklumlah baru masuk sekolah, gosok baju setiap malam. Awal-awal tahun gini bajet macam cool lah, gosok baju malam-malam, kasut kasi putih tak kasi orang pijak, tudung lipat nak cantik, buku kemas bak lemas dah nak dijaga! Pendek kata semua benda nak purrrrrfect. Cuba pula lah lepas tu cerita pasal pakaian dah nak akhir tahun, eh... Tak payah cerita lah. Kasi bayang lah sendiri macam mana rupa masa akhir tahun! Ha, boleh bayang tak? Kalau tak boleh bayang tu memang nampaknya tak pernah pergi sekolah.

Macam budak-budak yang baru nak masuk sekolah, punyalah baik-baik semuanya. Alah, first day lah katakan! Mula second day, bak kata cikgu aku, enjin dah panas, perbuatan pun jadi HOT. Pannnnasssss je aku dibuatnya. Hot mata memandang memang aku tak kisah lah sebab yang hot mata memandang tu memang bawah jagaan aku! Memang lah cakap-cakap pasal budak-budak baru, sebab aku pun kena jaga orientasi. Bukan bertanggungjawab sangat pun, saje tunjuk muka, jadi famous amous sikit. Orang bernama 'Amira' kan mengejar ke-famous-an.

Macam-macam budak pulak lah aku jumpa, kepala naik biul. Otai-otai petai budak-budak ni! Fuh, badan semut, mulut gajah. Penat nak dilayan! Tapi kengkadang tu comel pulak lah tengok gelagat semua orang, kan? Pipi tembam-tembam, badan kecil-kecil, lipat tudung pun bulat macam 'O'. Aku pun dok lah bayangkan, macam gitu ke aku dulu. Segannnn, segan, padan lah sampai sekarang tak ada orang minat!

Walau apa pun, tadi ada macam satu game called Musang Berjanggut something dekat padang lepas acara senamrobik, so aku pun sebagai fasilitator kena lah handle sikit-sikit, bagi process semua berjalan lancar! Eh, cakap macam orang sembelit. Antara salah sorang pelajar yang baru masuk, ada seorang pelajar ni, instead of berjalan, dia terpaksa guna kerusi roda untuk bergerak.

Masa tu, semua budak-budak kelas tu dah pergi ke padang, tapi hanya seorang saje yang tinggal, iaitu pelajar berkerusi roda. So, aku dengan rasa bertanggungjawab, tolak kerusi roda tu. Tapi rasa kekok sangat sebab mungkin sebelum ni aku tak pernah tolak anyone yang duduk atas kerusi roda. Mungkin sebab nampak aku tak biasa, Nasuha pun datang tolong aku. Aku nampak, that child, as if macam tak ada confidence. Langsung. Tengok kawan-kawan yang lain lari sana sini, tapi dia hanya duduk atas kerusi roda. Mungkin saat macam tu, dia akan mula menilai diri dia siapa, and sebab tu juga confidence level dia makin menurun. Tiada teman, tiada kawan, hanya peneman yang setianya adalah kerusi rodanya. Dekat mana sahaja, kerusi roda jadi teman. I'm the type of person yang cepat tersentuh, sangat sedih tengok condition dia. Kalau difikirkan masalah dia dengan masalah kita, mungkin masalah dia lebih berat. Alhamdulillah, syukur sebab masih dapat berjalan guna kaki sendiri. Alhamdulillah, hidup kita diberi nikmat. Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk kita hidup.





Please look at yourself after watching this video. And thank god for everything and wish for the best for the new year which is full of challanges.

Happy New Year, 2011.

Monday, January 3, 2011

Kenangan 2010

Assalamualaikum (:

Hari tu aku ter-miss entry untuk December 31, sebab sibuk sibuk prepare untuk majlis kahwin pak cik ku yang handsome so, tak dapat guna internet. Sebenarnya dalam entry ini, aku nak share lah sikit sikit pasal kejadian pada tahun 2010.



Youth Festival '10 di PWTC, bersama Umai dan Haziq.



Hari Anugerah Cemerlang 2010. Tempat ke-4, Hadiah Galakan.



Majlis kahwin Angah & Abang Lutfan, okayyy tapi gambar kawan-kawan aku.



Oh, pertama kali ke Kelantan & Terengganu lepas 10 tahun, rombongan hantar pengantin & vacay.



Fatin Nurafiqah dari Bahrain balik ke M'sia for vacation! Meetup place dekat KLCC. Kemudian berbuka puasa dekat Setiawangsa dengan keluarga Amira Najwa, dan malam tu sleepover pula!



Hari berangan bersama-sama Amira Najwa dan yang lain-lain. Habis mekap aku.



Sunway Pyramid after final exam. PHEEWITTT awek awek semua!



PRS Golden Moonlight Gala & Sleepover di rumah ku bersama Afieqah, Umai dan Areena!



After final exam, ramai yang missing ni! D:<



Karok karok sumbang + bowling dekat Wangsa Walk. Still ramai yang missing! D:<


ANDDDD, once in a lifetime opportunity is the trip to Europe. 


London, England



Cork, Ireland.


and finally,


Paris, France.


 BUKAN TU JE TAU, aku pun dapat sambut birthday aku dekat Ireland!


Much thanks to Angah and Abang Lutfan! :D


Last but not least, 



Straight A's (:

So, aku syukur sangat-sangat dengan perkara yang berlaku pada 2010. YE LAH, aku tahu lah ayat aku dalam post ni macam skema skema ulat, tak payah lah tegur. Okay? Mekacih. Semoga 2011 menjadi tahun yang lebih baik!


More about my trip to Europe; HERE
Alhamdulillah.